TAJUK:
Peranan Dan Fungsi Surau Darul Muhajirin,Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves, Selangor kepada masyarakat setempat.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101
DISEDIAKAN OLEH:
Salwa Farhana Binti Kamaruddin
No Matrik : 2011827888
Kumpulan: ASD1Eg
Kumpulan: ASD1Eg
PROGRAM:
Diploma Kimia Perindustrian
TARIKH HANTAR:
7 Ogos 2011
Isi kandungan
1. Pendahuluan
2. Abstrak
3. Konsep
4. Sejarah Penubuhan Surau Darul Muhajirin
4. Sejarah Penubuhan Surau Darul Muhajirin
5. Aktiviti dan Kemudahan
6. Peranan AJK-AJK Surau
7. Kelebihan Surau dan Sumbangannya kepada Masyarakat
8. Penutup
9. Bibliografi
9. Bibliografi
Pendahuluan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin selaku pensyarah CTU 101. Saya bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat menyiapkan assignment yang telah diberikan iaitu berkenaan peranan masjid atau surau terhadap komuniti penduduk di kediaman asal kami. Alhamdulillah, saya tidak menghadapi masalah sepanjang proses menyiapkan assignment ini.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus yang telah diberi terutamanya kepada kedua ibubapa saya, puan Haslina binti Mat Isa dan encik Kamaruddin bin Yusop atas kerjasama dan sokongan mereka juga kepada kakak saya yang turut sama membantu. tidak lupa juga kepada Ustaz Aziz yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam proses menyiapkan assignment ini.
Saya berpeluang menemuramah Tuan Haji Bakri b. Abd. Rahman yang menyandang tugas sebagai Imam surau. Tuan Haji Bakri berusia 66 tahun, mempunyai seorang isteri yang bernama Sabariah Aziz dan 3 orang anak. Beliau menjadi penduduk tetap Taman Selasih sejak tahun 1985. Atas kerjasama beliau, kerja kursus ini berjaya disiapkan dengan jayanya.
Jelas sekali peranan masjid terhadap peradaban dan tamadun umat Islam khususnya amatlah besar. Dengan adanya masjid, umat Islam dapatlah mendekatkan diri mereka, menambah amal ibadat, serta memperbaiki akhlak terhadap Yang Maha Pencipta. Kita sebagai umat Islam dan sebagai rakyat Malaysia khususnya patut bersyukur kerana terdapatnya masjid atau surau berdekatan dengan rumah kita dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memakmurkan dan menghidupkan masjid di kawasan berdekatan dengan rumah kita.
Konsep
Abstrak
Surau dan Peranannya:
Secara amnya, masjid dan surau adalah tempat bagi umat islam berkumpul dan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, khutbah jumaat, majlis ilmu dan sebagainya.
Dalam era globalisasi ini, fungsi dan peranan institusi masjid dan surau dituntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan peredaran masa. Tidak wajar institusi masjid yang dahulunya menjadi pusat pengembangan syiar Islam dikecilkan skopnya sebagai hanya sekadar rumah ibadat semata. Sewaktu zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, masjid juga berperanan sebagai tempat pentadbiran negeri, tempat perkembangan ilmu, tempat untuk bermusyawarah dan banyak lagi.
Jelas sekali peranan masjid terhadap peradaban dan tamadun umat Islam khususnya amatlah besar. Dengan adanya masjid, umat Islam dapatlah mendekatkan diri mereka, menambah amal ibadat, serta memperbaiki akhlak terhadap Yang Maha Pencipta. Kita sebagai umat Islam dan sebagai rakyat Malaysia khususnya patut bersyukur kerana terdapatnya masjid atau surau berdekatan dengan rumah kita dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memakmurkan dan menghidupkan masjid di kawasan berdekatan dengan rumah kita.
Konsep
Masjid, seperti juga tugas dan tanggungjawab mukmin sejati, mempunyai peranan penting dalam perjuangan membangunkan Islam di peringkat komuniti setempat. Pada peringkat masyarakat, solat dan masjid berperanan mengumpulkan jemaah Muslim bagi mengingatkan mereka terhadap tanggungjawab pembangunan masyarakat.
.
Masjid sering diperkatakan sebagai Rumah Ibadat atau dalam bahasa Inggerisnya a house of worship. Fahaman perkataan `ibadat' dan worship yang biasa difahami adalah sebagai suatu set ritual tertentu seperti sembahyang dan menunaikan haji yang dibuat khusus bagi menyembah Tuhan.
Daripada ayat-ayat al-Qur'an dan hadis menyebut bahawa tanggungjawab seorang Muslim adalah amat luas dan makna ibadat di dalam Islam jauh berbeza dengan pandangan yang sempit sebagai kegiatan ritualistik semata-mata. Implikasi utama konsep ibadat sedemikian adalah masjid perlu berperanan lebih daripada hanya sebagai sebuah bangunan dan institusi ritual. Masjid perlu berperanan proaktif dalam pembangunan masyarakat setempat. Maka itu perancangan ruang dan bahasa seni bina masjid perlu dibuat sebagai pusat komuniti yang aktif dan bukan bagaikan kuil atau biara yang sunyi sepi tempat orang beruzlah.
Peranan solat dan implikasinya terhadap konsep masjid:
Perkara pertama berkaitan solat dan masjid bahawa ada suatu anggapan bahawa masjid sebagai `rumah suci' atau ikon yang mesti wujud kerana kepentingan atau kesuciannya sendiri. Konsep `rumah suci' atau objek suci wujud pada hampir semua agama. Konsep ini berlandaskan bahawa setiap penganut akan berasa lebih dekat dengan Tuhan jika sesuatu objek atau bangunan yang dibina untuk kegunaan Tuhan atau sebagai `wakil Tuhan' wujud di kalangan mereka. Bangunan atau objek suci juga wujud kerana perkaitan kedua-duanya dengan personaliti-personaliti agama tertentu. Biasanya tempat pertapaan atau makam seseorang `wali' itu dijadikan tempat suci.
Umat Islam mempunyai tiga objek dan bangunan yang dianggap suci. Pertamanya, Ka'abah, kedua tapak Masjid-al-Aqsa dan ketiga Masjid Nabi Muhammad (s.a.w).
Itulah sebabnya beberapa pemikir Islam berpendapat bahawa masjid bukan tempat semata-mata untuk bersembahyang kerana ritual itu boleh dilakukan di mana-mana jua.
Hanya umat Islam membina masjid sebagai kemudahan berkumpul setempat untuk berinteraksi dan menunaikan sembahyang fardu berjemaah apabila masuk waktunya.
Ada juga anggapan bahawa masjid ialah tempat yang paling afdal untuk mengerjakan kesemua jenis sembahyang.
Sembahyang boleh bahagikan kepada dua jenis iaitu sembahyang berjemaah dan sembahyang individu. Sembahyang yang baik dilakukan berjemaah ialah sembahyang fardu lima waktu sehari, sembahyang Jumaat, sembahyang jenazah, sembahyang sunat Hari Raya, sembahyang sunat gerhana dan sembahyang sunat memohon meminta hujan. Contoh sembahyang individu adalah seperti sembahyang tahajud, sembahyang tasbih dan sembahyang sunat rawatib.
Sembahyang berjemaah lebih afdal dilakukan di masjid. Tetapi sembahyang sunat individu lebih afdal dilakukan di rumah-rumah seperti yang disebutkan Rasulullah dalam hadis-hadis berikut:
Rasulullah telah berkunjung ke Masjid Bani Abd al-Ashhal. Baginda bersolat maghrib di sana dan apabila baginda selesai sembahyang baginda melihat ramai para jemaah menunaikan solat Sunnat Rawatib. Baginda bersabda, Solat-solat ini sepatutnya dibuat di rumah kalian. (Sunan Abu Dawud)
Lakukan juga sembahyang-sembahyang kamu di rumah dan jangan dijadikan rumah kamu sebagai kubur. (Sahih Muslim)
Umat Islam digalakkan `memasjidkan' rumah mereka dengan bersembahyang sunat agar ia tidak dianggap `mati' dengan kejiwaan Islam. Rumah juga adalah tempat yang terasing daripada pandangan ramai. Dengan itu sembahyang sunat yang tidak menimbulkan perasaan menunjuk-nunjuk dapat menyucikan riak di hati. Dapat difahami bahawa masjid bukan tempatnya Muslim bermunajat bersendirian tetapi tempat pertemuan masyarakat Islam melalui sembahyang berjemaah ataupun untuk aktiviti sosial yang lain.
Ciri-ciri pembinaan yang membuatkan seolah-olah masjid menjadi sebuah gereja atau `biara' sunyi semestinya dielakkan.
Prof. Madya Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sejarah Penubuhan Surau Darul Muhajirin
Surau Darul Al-Muhajirin terletak secara strategic di tengah-tengah pusat aktiviti Taman Selasih, iaitu di sebelah kiri Jalan Selasih 18 dan berhadapan dengan deretan rumah kedai. Di sebelah hadapan surau pula terdapat padang permainan yang luas yang riuh dengan kunjungan golongan tua dan muda yang beriadah terutamanya di sebelah petang.
Surau Darul Muhajirin telah didirikan pada tahun 1986. Nama “Al-Muhajirin” iaitu nama yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W. yang merujuk kepada penganut Islam awal di Mekah yang berhijrah ke Madinah. Nama ini telah dipilih hasil daripada persetujuan bersama AJK Surau setelah bermusyawarah memandangkan penduduk Taman Selasih adalah kumpulan masyarakat yang berhijrah dari tempat asal mereka dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia, tak kira Semenanjung, Sabah atau Sarawak dan datang mencari rezeki dan tinggal di sini.
Pada mulanya, surau Taman Selasih merupakan sebuah surau yang bersaiz kecil dan terletak di hujung taman, bukan di tempat ia berdiri gah sekarang. Beberapa tahun selepas itu, barulah Penduduk Taman Selasih dapat membina surau yang ada pada tapak sekarang. Tapi waktu tu pun saiznya masih kecil lagi. Turut ditempatkan disitu ialah Tadika Darul Muhajirin yang dijadikan pusat pendidikan awal untuk anak2 penduduk di taman ini. Tadika ini adalah dibawah pengurusan Badan Kebajikan Islam Taman Selasih, iaitu sebuah badan yang berasingan daripada pengurusan surau.
Pada tahun 2008, struktur baru surau Darul Muhajirin seperti yang dilihat hari ini siap dibina berbekalkan semangat kerjasama dan gotong royong penduduk Taman Selasih dan badan pengurusan surau. Mereka telah berjaya mengumpulkan dana secukupnya melalui pelbagai program fund-raising yang dilaksanakan selama lebih 3 tahun. Walaupun anggaran sebenar berdasarkan surat quotation daripada syarikat pembinaan ialah 1.7 juta ringgit, namun badan pengurusan surau telah mengambil inisiatif untuk menguruskan sendiri pembinaan tersebut dengan memanggil dan memantau kontraktor dan kerja-kerja pembinaan sehingga siap. Hasilnya, surau baru setinggi 2-tingkat itu Berjaya didirikan dengan kos yang jauh lebih rendah, iaitu sebanyak RM600,000 sahaja.
Surau Darul Muhajirin kini boleh menampung seramai 400 orang dan mempunyai roang solat berhawa dingin yang selesa dan luas. Tingkat atas dikhususkan untuk muslimah, seta bilik mesyuarat dan ruang makan. Namun begitu sehingga kini surau ini belum lagi dirasmikan secara besar-besaran oleh mana-mana pihak.
Aktiviti-aktiviti dan kemudahan surau
Terdapat banyk aktiviti penduduk setempat yang dikelolakan oleh pihak surau. Di antaranya adalah;
· Solat berjemaah pada setiap waktu solat fardhu
· Ceramah dan kuliah mingguan
· Bacaan Yaasin setiap Jumaat
· Tadarus Al Quran
· Pengurusan jenazah
· Majlis perkahwinan dan aqad nikah
· Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, termasuk menguruskan majlis korban
· Sambutan hari kebesaran Islam yang lain seperti Isra’ dan Mikraj, Nisfu Sya’aban dan lain-lain
· Solat Tarawikh berjemaah pada bulan Ramadhan
· Iftar beramai-ramai (majlis berbuka puasa)
· Qiyamullail
· Menganjurkan gotong royong dikalangan penduduk untuk membersih tanah perkuburan berdekatan iaitu Tanah Perkuburan Islam KL-Karak
· Menyalurkan derma untuk fakir miskin, balu dan anak yatim menjelang Aidilfitri
Selain aktiviti di atas, surau juga telah menubuhkan Kelab Remaja Surau yang mana ahli–ahlinya adalah anak-anak penduduk yang berusia 7 hingga 18 tahun. Kelab ini bertujuan melahirkankan generasi pelapis yang akan meneruskan tanggungjawab mengurus dan menyelenggarakan aktiviti surau pada masa hadapan. Ahli-ahli kelab ini dididik untuk mendekatkan diri dengan surau melalui pengelibatan mereka dalam program-program terutamanya dalam bulan ramadhan dengan membantu menghidangkan juadah iftar, membersihkan dulang-dulang makan, aktiviti iftar dan membersihkan surau untuk tujuan solat terawih yang mendapat sambutan yang sangat hangat dikalangan penduduk Taman Selasih.
Pihak surau ini juga melaksanakan Aktiviti Umum yang turut melibatkan penduduk setempat yang bukan beragama Islam, iaitu program gotong royong untuk membersihkan taman. Program yang diadakan 3 bulan sekali di kawasan perumahan ini dibuat bagi menjaga kebersihan kawasan taman.
Bermula dari bulan Jun 2011, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mewajibkan semua surau di negeri Selangor berdaftar dengannya. Surau Taman Selasih kini telah berdaftar dan dimasuk kan di bawah pengurusan MAIS yang akan menyalurkan bantuan kewangan dan khidmat nasihat bagi menjalankan aktiviti – aktiviti yang telah disebutkan di atas. MAIS juga akan membuat sumbangan berkala untuk aktiviti-aktiviti khusus seperti majlis berbuka puasa. Pada masa yang sama, surau ini juga dipantau dengan pelbagai peraturan baru yang perlu diikut seperti
peraturan yang tidak membenarkan penceramah menyentuh isu-isu politik dan isu yang dianggap sensitif dalam ceramah.
Peranan AJK2 Surau
Bermula pada tahun 2011, ahli-ahli yang menganggotai jawatankuasa surau (AJK SURAU) telah dilantik secara rasmi oleh MAIS yang bermusyawarah setiap dua minggu. AJK surau adalah terdiri dari 14 orang kesemuanya, dan di ketuai oleh Pengerusi Surau. Peranan AJK surau ialah untuk berbincang mengenai pelaksanaan berbagai aktiviti-aktivi yang dirancang. Selain dari itu, mereka bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah penduduk Taman Selasih khususnya masalah yang timbul dan yang berkaitan dengan maslahat penduduk Islam.
AJK ini juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dana kewangan surau yang sumbernya diperolehi dari sumbangan penduduk setempat, menguruskan aktiviti-aktivi berkala mengikut takwim surau, mengetengahkan idea-idea dan buah fikiran dalam merancang aktiviti-aktiviti yang akan memberi kesan terhadap perkembangan surau dan masyarakat Islam setempat.
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Surau Darul Muhajirin:
Pengerusi
Encik Ahmad bin Ismail
Imam Utama
Haji Bakri bin Haji Abdul Rahman
Bilal
Haji Mohammad Afifi bin Mohd Kassim
Siak
Hj. Zainuddin Bin Bahari
Setiausaha
Hj. Mohd Rakbi bin Abdul Manaf
Bendahari
En. Mohd Zailan bin Harun
Wakil Pemuda
En. Mohd Azman bin Abdul Rahman
Wakil Wanita
Hajah Rosina binti Osman
Pengurus Jenazah Wanita
Hajah Dalilah binti Abu Bakar
Ahli Jawatankuasa
Abdul Malek bin Ibrahim
Kamarul Halim bin Mohamad
Ismail bin Abdul Hamid
Nik Abdullah bin Nik Abdul Kadir
Peranan penduduk terhadap surau / peranan surau terhadap penduduk
Sebagai penduduk, mereka boleh mengimarahkan surau terutamanya dengan hadir ke surau pada setiap waktu solat fardhu. Selain itu mereka juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh pihak surau. Penduduk juga sentiasa dialu-alukan untuk berkongsi idea dan menyuarakan pendapat dengan AJK-AJK surau bagi tujuan penambahbaikan surau seperti cara menambah keahlian dan cadangan mengenai aktiviti-aktiviti baru yang sesuai dijalankan. Cadangan-cadangan ini boleh di ajukan kepada AJK surau yang dilantik.
Peranan Surau
· Pusat perkongsian ilmu fardhu kifayah dan fardhu ain - contoh: Kuliyyah untuk Muslimat, kelas tajwid
· Pusat aktiviti kemasyarakatan - contoh : majlis Qurban, gotong royong
· Penyubur aktiviti rohani - contoh : solat berjemaah
· Sebagai perantara untuk mendekatkan umat Islam di Taman Selasih dengan Pencipta mereka (azan ) dan menggalakkan anak-anak muda akan tanggungjawab mereka untuk agama dan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk mereka.
Kelebihan Surau Al-Muhajirin & sumbangan kepada masyarakat
Surau ini adalah merupakan antara surau masyarakat yang terawal di kawasan Batu Caves. Surau ini juga sentiasa diimarahkan oleh masyarakat setempat. Contohnya, jemaah surau di sini lebih ramai jika dibandingkan secara relatif dengan surau-surau berdekatan. (solat fardhu diimarahkan setiap waktu, mencecah 3-4 saf diwaktu Zohor dan Asar). Ia juga mempunyai asset yang cukup untuk menampung aktiviti-aktiviti hasil daripada derma ikhlas penduduk. Ia merangkumi kelengkapan yang lengkap seperti untuk majlis korban dan kenduri-kendara.
Mempunyai kemampuan menangani pengurusan jenazah yang sangat baik dan mendapat pengiktirafan penduduk sekeliling selain dari Taman Selasih. Pasukan pengurusan jenazah yang diketuai sendiri oleh imam sering di rujuk dan diminta oleh hospital-hospital besar di Lembah Kelang seperti HUKM, HKL, IJN, Hospital Universiti. untuk menguruskn jenazah tanpa waris atau jenazah dari penyakit berjangkit seperti HIV Aids. Selain dari itu pasukan ini juga menguruskan jenazah yang bermasalah seperti individu yang memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga. Contoh yang terbaik untuk kes sebegini ialah jenazah Murthy, pendaki gunung Everest. Beliau telah memeluk Islam dengan disaksikan oleh Imam dan anaknya. Namun keesokan harinya beliau meninggal dunia. Walaupun telah dimandi dan dikafankan mengikut kaedah Islam, namun tampa mempunyai surat rasmi dari Jabatan Pendaftaran Negara, mayat terpaksa diserahkan kepada keluarganya yang berugama Hindu.
Harapan
Semoga surau boleh diimarahkan lagi oleh penduduk dan generasi2 seterusnya agar ia dapat memanfaatkan penduduk dan membantu mereka untuk lebih mendekatkan diri kpd Allah yg Esa.
Cadangan
AJK Surau Al Muhajirin perlu lebih sofistikated dgn mengikuti perkembangan semasa. Kehadiran blog, laman sosial dapat dimanfaatkan untuk mienginformasikan penduduk stempat dgn aktivtii semasa seterusnya mnambah jumlah Jemaah ke surau serta melantik AJK Biro Informasi & Multimedia.
Surau dapat menganjurkan ceramah motivasi disamping hanya ceramah yg bersifat keagamaan…untuk menyeimbangkan keperluan insan. (yang berfikir untuk berzikr & yang berzikir untuk turut berfikrah)…ini ialah peranan Ilmu.
Memperluas aktiviti untuk generasi muda dan juga penduduk seperti Hari Surau Bersama, pertandingan pidato, pertandingan tilawah al-Quran dan pelbagai lagi untuk menghidupkan lagi suasana Islam di kalangan penduduk taman disamping dapat meningkatkan keyakinan diri, memperluas ilmu serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Penutup
Syukur ke hadrat Ilahi, surau Al – Muhajirin telah melalui proses transformasi yang panjang namun tak pernah hilang kepentingannya dari kaca mata penduduk setempat. Kesan dari aktiviti2 ini, semakin ramai yang mendekatkan diri ke surau dgn izin Allah SWT. Menurut Imam Haji Bakri, fenomena ini sangat ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau menyifatkan sambutan yang sangat baik dari masyarakat Taman Selasih adalah berkat dari pihak AJK surau yang tidak jemu-jemu menganjurkan majlis-majlis ilmu dan kemasyarakan di Surau Darul Muhajirin.
Bibliografi
Konsep : http://skypin.tripod.com/agama/aga42.html
Perihal Surau : Imam Haji Bakri bin Abdul Rahman
Rujukan : http://abdazizharjin.blogspot.com/



No comments:
Post a Comment